Merayau bebas

Merayau bebas, Dunia terbuka atau Kotak pasir ialah nama-nama istilah dalam bahasa Melayu yang lazim bagi salah satu genre permainan video di mana pemain boleh merantau bebas atau bermastautin di sekitar dunia maya. Mereka diberi kebebasan dari segi masa dan cara untuk mendekati sesuatu objektif. Hal ini bertentangan dengan permainan video yang lain yang mempunyai struktur yang lebih linear dalam permainan mereka. Permainan video dengan genre merayau bebas biasanya tidak mempunyai dinding halimunan dan paparan muatan yang lazim terdapat di rekaan peringkat linear. Secara lazimnya, permainan video merayau bebas masih mengazamkan pelbagai batas dalam persekitaran permainan, kerana batas teknikal mutlak atau batas dalam-permainan disebabkan oleh kelinearan permainan. Contoh autonomi tahap tinggi dalam permainan komputer boleh didapati dalam permainan video berperanan multipemain atas talian (MMORPG) atau dalam permainan pemain tunggal seperti siri Fallout. Tarikan utama permainan merayau bebas ialah ia menyediakan realiti yang disimulasi dan membolehkan pemain membangunkan watak dan perlakuan mereka. Dalam kes ini lazimnya tiada matlamat konkrit atau penamat permainan, biasa disebut oleh pemain sebagai moda kotak pasir (sandbox).Beberapa permainan popular dan terbaharu yang menggunakan konsep ini adalah seperti: Assassin's Creed, Xenoblade Chronicles X, Final Fantasy XV, Watch Dogs, The Witcher 3: Wild Hunt, The Elder Scrolls V: Skyrim, Grand Theft Auto V dan Minecraft.